JORDAN semalam mengutuk tindakan rejim Israel membuka terowong “Laluan Jemaah”, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Jordan.
Terowong bawah tanah yang digali bermula dari kampung Silwan menuju ke Masjid Al-Aqsa itu satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan hanya akan mencetuskan lagi persengketaan, kata Sufian Qudah dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Jordan mengecam apa jua percubaan untuk mengubah identiti bandar suci itu, khususnya di Al Haram Al Sharif.
Tindakan itu juga mencabul undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta resolusi Unesco, yang menyeru menghentikan semua pencerobohan haram oleh Israel di Baitulmaqdis.
Katanya, Turki turut menggesa komuniti antarabangsa untuk mendukung sepenuhnya tanggungjawab undang-undang dan politik bagi menamatkan perbuatan rejim zionis itu. – Bernama, 1 Julai, 2019.
Komen