Tentera Israel bunuh 82 penduduk Palestin pada 2019 


Tentera rejim Israel sering melakukan keganasan terhadap warga Palestin.– Gambar EPA, 1 Julai, 2019

TENTERA Israel telah membunuh 82 penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak sejak awal tahun 2019, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan satu jawatankuasa tempatan.

Sejak awal bulan Januari, sejumlah 25 penduduk Palestin telah dibunuh di Tebing Barat dan 57 lagi di Semenanjung Gaza yang disekat Israel, menurut Jawatankuasa bagi Keluarga Mereka yang Syahid di Semenanjung Gaza dalam kenyataan itu.

Mereka termasuk sembilan wanita—dua daripada mereka hamil—dan 17 kanak-kanak. – Bernama, 1 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen