PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa rakyat Malaysia jadi lebih bertoleransi dan bertimbang rasa walaupun ketika dalam keadaan tidak bersetuju.
Berucap pada perhimpunan bulanan kakitangan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Dr Mahathir menggunakan konsep rumah terbuka di Malaysia sebagai analogi untuk menjelaskan tentang bagaimana untuk hidup dalam keadaan harmoni.
“Dalam mood Hari Raya ini, ada banyak rumah terbuka, bukan untuk orang Islam saja tetapi bukan Islam juga hadir. Semua orang menikmati makanan dan kawan tanpa mengira siapa anda.
“Apa yang unik tentang sambutan rumah terbuka ialah semua orang boleh datang bersama. Kita makan dan duduk bersama, bercakap dengan satu sama lain. Dalam hidup kita jumpa banyak jeni kawan daripada semua bangsa dan ini termasuk berjumpa dengan musuh anda.
“Ini bermakna kita perlu ada hubungan baik dengan semua orang. Bertoleransi penting untuk menenangkan keadaan. Jika kita tidak toleransi dan tidak bertimbang rasa akan susah untuk kit buat kerja kita,” kata Dr Mahathir. – 1 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen