SEBUAH pesawat ringan terhempas di Texas, Amerika Syarikat pada Ahad, menyebabkan 10 orang terbunuh, kata pihak berkuasa.
“Pusat Kesihatan Dallas County mengesahkan 10 kematian dan tiada yang terselamat,” kata jurucakap bagi pekan Addison, Texas kepada AFP.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, pihaknya mengerahkan satu pasukan ke Addison untuk menyiasat nahas pesawat King Air 350, iaitu pesawat penumpang dua enjin turboprop.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut berhubung nahas atau punca kejadian diberikan.
Video yang disiarkan media AS menunjukkan kepulan asap hitam daripada sebuah bangunan di lapangan terbang, ketika pihak bomba dilihat cuba memadamkan kebakaran itu.
CNN melaporkan, pesawat berkenaan adalah pesawat persendirian dan ia terhempas ke hangar sebuah lapangan terbang tempatan.
Sementara itu, CBS News yang memetik sumber berkata, pesawat berkenaan mengalami kerosakan enjin ketika berlepas sebelum menjunam ke hangar berkenaan. – AFP, 1 Julai, 2019
Komen