Israel bebas menteri Palestin langgar peraturan Baitulmaqdis


Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Fadi al-Hadami ditahan di rumahnya awal hari ini kerana didakwa menganjurkan aktiviti yang melanggar peraturan di kawasan sensitif itu. – Gambar Facebook, 30 Jun, 2019.

POLIS Israel membebaskan seorang menteri Palestin selepas menahannya untuk disoal siasat berhubung aktiviti yang dianjurkannya di Baitulmaqdis.

Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Fadi al-Hadami ditahan di rumahnya awal hari ini kerana didakwa menganjurkan aktiviti yang melanggar peraturan di kawasan sensitif itu.

Peguamnya, Mohannad Jbara berkata penahanan itu dibuat kerana Fadi menemani Presiden Chile Sebastian Pinera yang melawat perkarangan masjid Al-Aqsa pada minggu lalu.

Tindakan Fadi itu mengundang kemarahan Israel yang mendakwa aktiviti itu melanggar peraturan di Baitulmaqdis.

Bagaimanapun kerajaan Chile mengeluarkan kenyataan bahawa lawatan Pinera adalah lawatan peribadi, bukannya atas urusan rasmi. – AFP,  30 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen