Palestin bebas ahli perniagaan sertai sidang ekonomi AS


Palestin mengambil keputusan untuk menahan rakyat Palestin yang menghadiri sidang ekonomi Manama anjuran menantu Presiden AS Donald Trump, Jared Kushner. – Gambar EPA, 30 Jun, 2019.

PIHAK Berkuasa Palestin (PA) membebaskan seorang ahli perniagaan yang ditahan kerana menghadiri persidangan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Bahrain.

Salah Abu Mayala, ahli perniagaan dari Tebing Barat, ditahan semalam dan dibebaskan lewat hari yang sama selepas hadir ke persidangan itu yang dipulau oleh Palestin.

Keluarga Salah, enggan mengulas lanjut tentang penahanan itu tetapi sumber keluarga itu berkata ahli perniagaan itu sudah pulang ke rumah.

PA mengambil keputusan untuk menahan rakyat Palestin yang menghadiri sidang ekonomi Manama anjuran menantu Presiden AS Donald Trump, Jared Kushner.

Persidangan itu diadakan bagi mencari jalan untuk menamatkan konflik ekonomi di Asia Barat.

Kepimpinan Palestin yang memboikot usaha Washington itu, berkata konflik antara Palestin dan Israel perlu diselesaikan terlebih dulu sebelum membincangkan isu ekonomi.

Tiga rakyat Palestin dipercayai terlibat dalam persidangan tersebut termasuk Salah dan penduduk Hebron, Ashraf Jabari yang juga seorang ahli perniagaan. – AFP,  30 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen