Trump jejak kaki di Korea Utara


DONALD Trump menjejakkan kakinya di Korea Utara hari ini dalam rangka pertemuan dengan pemimpin utama Pyongyang, Kim Jong Un di zon bebas tentera yang memisahkan semenanjung itu. 

Pertemuan Trump dan rakan sejawatnya itu dilihat sebagai satu langkah diplomatik yang simbolik dan merupakan kali pertama untuk mana-mana presiden Amerika.

Selepas berjabat tangan dengan Kim di atas garis yang menandakan sempada antara kedua-dua negara dan sekutu mereka yang pernah berperang dalam Perang Korea 1950-53, Trump kemudian berjalan beberapa langkah di bahagian wilayah Korea Utara, sebelum mereka berdua kembali berjabat tangan.

Kedua-dua lelaki itu kemudian masuk ke wilayah Seoul bersama-sama dan kemudian disertai Presiden Korea Selatan Moon Jae-in.

“Ia adalah hari yang hebat untuk dunia dan merupakan penghormatan bagi saya untuk berada di sini,” kata Trump. “Banyak perkara hebat sedang berlaku.”

Sidang pertemuan itu diadakan selepas Trump mengeluarkan jemputan di Twitter pada hari Sabtu - dikatakan akan membincangkan rundingan antara Pyongyang dan Washington berhubung senjata nuklear Korea Utara yang menunjukkan terus diselubungi kebuntuan.

Kedua-duanya mereka “hanya berjabat dengan cepat dan menyapa kerana kami tidak berjumpa satu sama lain sejak pertemuan di Vietnam”, kata Trump sebelum ini.

Sidang kemuncak pertama mereka berlaku di Singapura tahun lepas tetapi hanya menghasilkan ikrar mengenai denuklearisasi, dan pertemuan kedua di Vietnam pada bulan Februari bertujuan untuk membincangkan perincian mengenai usaha itu, namun gagal.

Hubungan antara kedua-dua belah pihak telah menjadi minimum - dengan Pyongyang mengeluarkan kritikan yang kerap terhadap kedudukan AS - namun kedua-dua pemimpin tersebut telah berbalas beberapa siri surat dan Trump kemudian beralih ke Twitter pada hari Sabtu untuk menjelaskan tawarannya kepada Kim. – AFP, 30 Jun, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen