Isu Kojadi terima dana 1MDB semakin hangat


Khoo Gek San

Pengerusi Kojadi dengan Presiden MCA Wee Ka Siong berbalah mengenai pemulangan RM15 juta yang diterima daripada 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Jun, 2019.

PERBALAHAN Pengerusi Koperasi Jayadiri Sdn Bhd (Kojadi) Ng Peng Hay dengan Presiden MCA Wee Ka Siong berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bakal menyebabkan lebih banyak kerosakan bagi semua pihak yang terlibat.

The Malaysian Insight difahamkan satu mesyuarat tergempar diadakan pada 27 Jun dengan semua pengarah Kojadi yang hadir bersetuju untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung saman pelucuthakan sivil untuk mendapatkan semula dana 1MDB.

Para pengarah nampaknya “bersedia” membayar balik RM15 juta yang diterima Kojadi daripada 1MDB walaupun wang diberikan kepada koperasi pada 2012, sudah digunakan untuk membiayai skim kredit mikro untuk belia.

Sumber berkata wang itu diagihkan kepada 1,264 usahawan kecil, koperasi dan juga digunakan untuk membayar cukai.

“Kami sedang menyediakan untuk membayar balik dana itu, dan kami juga mempunyai cukai untuk dibayar dan sedang menunggu mesyuarat dengan SPRM untuk melihat sama ada ia boleh ditolak cukai. Selepas itu,  kami sepatutnya bertemu dengan kepimpinan MCA untuk membuat keputusan muktamad.

“Saya tidak faham mengapa Ng bercakap begitu, ia berbeza dengan apa yang diputuskan para pengarah.

“Kami juga tidak mempunyai alasan untuk membayar balik dana, kami masih perlu berunding dengan pihak berkuasa dan walaupun SPRM masih belum menuntut wang secara langsung daripada Kojadi.

“Wang itu diberikan kepada kami sebagai peruntukan, kita tidak tahu masalah undang-undang yang akan timbul dan bersedia membuat bayaran balik,” kata seorang sumber. – 30 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen