AS gesa Myanmar tamatkan penutupan Internet di Rakhine


Kerajaan Myanmar pada minggu lalu mengambil langkah tidak pernah dilakukan sebelum ini dengan mengarahkan pengendali telefon mudah alih untuk menutup semua data Internet di sekurang-kurangnya lapan perbandaran di negeri Rakhine dan Chin. – Gambar AFP, 30 Jun, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) pada Sabtu menyeru penamatan penutupan Internet mudah alih di dua negeri dilanda perselisihan di Myanmar, mengatakan tindakan itu menjejaskan ketelusan di tengah pertempuran antara tentera dan pemberontak.

Kerajaan Myanmar pada minggu lalu mengambil langkah tidak pernah dilakukan sebelum ini dengan mengarahkan pengendali telefon mudah alih untuk menutup semua data Internet di sekurang-kurangnya lapan perbandaran di negeri Rakhine dan Chin.

Langkah itu berlaku ketika tentera bertindak terhadap pemberontak bagi lebih autonomi untuk etnik Rakhine di rantau ini.

“Perkhidmatan internet harus dipulihkan tanpa berlengah lagi,” kata Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan.

“Penyambungan semula perkhidmatan akan membantu ketelusan dan akauntabiliti sebagaimana didakwa kerajaan sebagai tindakan penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan untuk menghalang wabak keganasan di kawasan yang terjejas,” katanya.

Pada 2017, satu serangan tentera terhadap kaum Islam Rohingya di Rakhine menyebabkan 740,000 orang melarikan diri ke Bangladesh ketika dakwaan kekejaman besar-besaran oleh tentera.

Ratusan ribu Rohingya yang masih berada di Rakhine, kebanyakannya dikurung dalam kem.

Human Rights Watch (HRW) pada Jumaat berkata kumpulan kemanusiaan melaporkan penutupan itu “mencetuskan kesukaran untuk mereka menjalankan tugas.”

“WhatsApp adalah kunci bagi badan bukak berasaskan keuntungan antarabangsa yang beroperasi di Rakhine, dan bekerja tanpanya mewujudkan kesukaran tambahan,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa penutupan internet ketika operasi tentera Myanmar terhadap pemberontak mungkin untuk “melindungi pelanggaran hak asasi manusia terhadap penduduk awam.”

Myanmar mengerahkan ribuan tentera ke wilayah barat, yang menyaksikan lebih 35,000 orang melarikan diri daripada kekerasan tentera yang turut merebak ke Chin.

Kedua-dua pihak mempertahankan diri daripada dakwaan melakukan pelanggaran dan puluhan orang awam terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan, walaupun ketika berlindung di biara. – AFP, 30 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen