Pembangkang desak Trudeau bertindak tegas ke atas China


Perdana Menteri Justin Trudeau berada di Osaka, Jepun untuk hadir Sidang Kemuncak G20. – Gambar EPA, 30 Jun, 2019.

PEMIMPIN utama pembangkang Kanada semalam menggesa Perdana Menteri Justin Trudeau bertindak tegas ke atas Beijing untuk menyelesaikan konflik perdagagangan antara kedua-dua negara dan memastikan pembebasan warga Kanada yang ditahan.

Hubungan antara China dan Kanada bertambah buruk selepas penahan pegawai kanan Huawei Meng Wanzhou di Vancouver yang dihendaki AS kerana didakwa melanggar sekatan ke atas Iran pada Disember lalu.

Sejak itu, pihak berkuasa China menahan dua warga Kanada atas tuduhan perisikan dan menghalang import produk pertanian Kanada, tindakan yang dikatakan Beijing tiada kaitan dengan kes tangkapan eksekutif Huawei.

“Trudeau perlu membuat pendirian jelas kepada China yang ada kesan untuk setiap tindakan,” kata pemimpin Parti Konservatif Andrew Scheer yang mendahului Trudeau dalam tinjauan awam menjelang pilihan raya Parlimen Oktober ini.

Beliau menggesa Trudeau bertemu Presiden China Xi Jinping pada Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Osaka, Jepun dan “menjelaskan ada kesan untuk penahanan warga kita dan sekatan tiba-tiba ke atas eksport pertanian kita.”

Scheer berkata Trudeau perlu bertindak balas kepada China dengan membawa kes itu kepada Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) kerana sekatan import itu, meningkatkan pemeriksaan ke atas import China dan menyemak semula “semua pelaburan dari China.”

“Saya ulangi desakan ini, dan saya menggesa Justin Trudeau mengambil tindakan keras terhadap China- untuk menghantar mesej yang Kanada tidak akan diperlekeh,” katanya.

Bercakap di sidang G20, Trudeau berkata beliau sudah bercakap dengan Xi tentang penahanan dua warga Kanada, bekas diplomat Michael Kovrig dan perunding Michael Spavor.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut perbincangan itu tetrapi berkata, “Saya fikir penting untuk kita ada peluang bersemuka untuk berhubungan terus dengan Presiden Xi supaya kitab oleh bergerak ke depan dalam isu ini.” – AFP, 30 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen