MENTERI luar Rusia dan Amerika Syarikat (AS) memulakan rundingan mengenai kawalan senjata nuklear, kata Vladimir Putin.
Presiden Rusia itu bagaimanapun berkata rundingan itu tidak akan melanjutkan perjanjian pelucutan senjata nuklear START3.
Putin tidak menyatakan bila rundingan itu akan bermula.
START3 merujuk kepada usul perjanjian antara dua kuasa nuklear itu yang menyaksikan rundingan itu menemukan kegagalan beberapa tahun lalu.
Dengan harapan untuk meneruskan perjanjian sebelum ini, rundingan baharu itu merupakan usahan mencari jalan bagi kedua-dua negara itu mengurangkan jumlah senjata nuklear yang digunakan.
AS dan Rusia kini terikat dengan perjanjian New START yang ditandatangani pada 2010. Perjanjian itu mengehadkan jumlah peledak nuklear lebih rendah dari had pada Perang Dingin.
Namun perjanjian itu akan tamat pada 2010 dan Putin meminta AS agar berunding melanjutkannya. – AFP, 29 Jun, 2019.
Komen