PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau amat marah tentang pembunuhan seorang wartawan Arab Saudi tetapi tiada siapa menuding jari terhadap pemimpin republik itu.
“Saya berasa marah dan tidak gembira tentang apa yang berlaku,” kata Trump apabila ditanya sama ada beliau membangkitkan perkara itu ketika bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed.
“Tetapi tiada siapa setakat ini menunding jari tepat kepada bakal Raja Arab Saudi itu (Mohammed).”
Mohammed dikaitkan dengan kes pembunuhan Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul Turki tetapi beliau menafikan terlibat dalam kejadian itu.
Pemimpin AS itu juga berkata perbicaraan kes pembunuhan itu sedang diuruskan secara serius.
Bagaimanapun pihak antarabangsa mengkritik perbicaraan yang diadakans secara tertutup dan nama suspek juga tidak diketahui.
Walaupun kes pembunuhan Khashoggi mencetuskan kemarahan antarabangsa, Trump masih mengekalkan hubungan baik dengan Mohammed dan memuji putera mahkota itu ketika mereka bertemu di sidang kemuncak G20 di Osaka, Jepun. – AFP, 29 Jun, 2019.
Komen