China, AS setuju adakan semula rundingan ekonomi, perdagangan


Kedua-dua pemimpin itu bertemu di luar Sidang Kemuncak G20 di Osaka, Jepun. – Gambar EPA, 29 Jun, 2019.

PRESIDEN Xi Jinping dan rakan sejawatannya Donald Trump bersetuju untuk memulakan semula rundingan ekonomi dan perdagangan, berlandaskan prinsip saling menghormati dan kesaksamaan, lapor agensi berita Xinhua.

Amerika Syarikat (AS) mengatakan pihaknya tidak akan menambah tarif baharu ke atas eksport Cina. Selain itu, pasukan rundingan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara itu turut akan membincangkan isu tertentu yang lain.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu di luar Sidang Kemuncak G20 di Osaka, Jepun.

Xi berkata walaupun banyak perubahan berlaku dalam hubungan China-AS sejak 40 tahun lalu, “satu fakta yang tidak disangkalkan ialah kedua-dua negara mendapat manfaat daripada kerjasama sedangkan perbalahan hanya menyebabkan kerugian. “

“Kerjasama dan dialog lebih baik daripada perpecahan dan konfrontasi,” kata Xi kepada Trump. – Bernama, 29 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen