SEMUA pemimpin dunia yang berhimpun dalam sidang kemuncak G20 digesa supaya berani berdepan dengan Presiden China Xi Jinping berhubung penindasan dan “penghapusan etnik Uighur” di wilayah Xinjiang.
Bercakap kepada pemberita di Osaka, penasihat etnik Uighur Rebiya Kadeer berkata, tekanan daripada semua pemimpin dunia penting untuk membebaskan kira-kira sejuta orang kebanyakannya etnik Uighur yang ditahan di kem tahanan di barat China.
“Seluruh rakyat Uighur berdepan ancaman eksistensial dan ia nyata serta mendesak,” kata Ketua Kongres Dunia Uyghur yang berusia 72 tahun melalui seorang jurubahasa.
Media China menggambarkan kem sebagai “pusat pendidikan vokasional” secara sukarela di mana Uighur berbahasa Turki menerima latihan pekerjaan.
Tetapi kumpulan hak dan bebas menggambarkan ia sebagai “kem pertahanan” di mana kaum Uighur dan minoriti lain secara paksa diasimilasikan ke dalam masyarakat Cina etnik majoriti Han.
Kadeer berkata, budaya Uighur boleh lenyap sekiranya tindakan tegas tindak diambil oleh rakan perdagangan China.
“Etnik Uighur kini berdepan dengan ancaman kepupusan dan hal ini perlu dipandang serius oleh semua pihak di seluruh dunia.
“Sehubungan itu saya menggesa semua kuasa dunia bangkit menentang penindasan dilakukan oleh kerajaan China terhadap etnik Uighur,” katanya.
Lebih 100 penunjuk perasaan berkumpul di Osaka untuk membantah kem tahan berkenaan. – 29 Jun, 2019.
Komen