Putin jemput Trump ke Rusia sempena ulang tahun perang 


Hubungan antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden AS Donald Trump sebelum ini tegang berikutan perbezaan pandangan terhadap Syria, Ukraine dan dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS. – Gambar EPA, 28 Jun, 2019

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin pada Jumaat mengundang Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke ke Rusia pada Mei sempena ulang tahun kemenangan ke atas Adolf Hitler ke-75, menurut penasihat kanan dasar luar negara Yury Ushakov.

Trump memberi “maklum balas positif”,” kata Ushakof, menurut laporan agensi berita Russia 24.

Pada awal pertemuan, Trump memuji hubungan “yang sangat, sangat baik” dengan pemimpin Kremlin ketika bersemuka pada satu rundingan yang diadakan sejak Julai thun lalu.

Hubungan antara kedua-dua pemimpin itu tenang berikutan perbezaan pandangan terhadap Syria, Ukraine dan dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS. – AFP, 28 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen