Pemilik Madame Tussauds setuju ambil alih AS$7.7 bilion oleh Lego


Pembelian syarikat yang memiliki Madame Tussauds oleh Kirkbi menyebabkan harga saham Merlin melonjak 14%. – Gambar AFP, 28 Jun, 2019.

SYARIKAT British, Merlin Entertainments yang memiliki Madame Tussauds dan London Eye Ferris, dibeli oleh Kirkbi yang merupakan syarikat induk Lego dengan harga £5.9 bilion (AS$7.5 bilion) termasuk hutang.

Kirkbi, mengatakan ia akan membeli syarikat hiburan dan taman tema di sebuah konsortium bersama kumpulan ekuiti swasta AS, Blackstone dan dana pencen Kanada CPPIB. Nilai ekuiti urus niaga itu adalah £5.0 bilion.

“Merlin adalah peneraju global berasaskan lokasi, hiburan keluarga, dengan portfolio jenama dan tarikan unik yang merangkumi 25 negara dan empat benua, dan dengan strategi yang terbukti selama bertahun-tahun,” kata Pengerusi Merlin, John Sunderland.

Beliau menambah: “Para pengarah bebas Merlin percaya tawaran ini merupakan peluang bagi pemegang saham Merlin menyedari nilai pelaburan mereka secara tunai pada penilaian menarik.

“Kami dengan sebulat suara mengesyorkannya kepada para pemegang saham kami.”

Konsortium menawarkan 455 pence sesaham secara tunai bagi Merlin, yang juga memiliki taman tema popular Alton Towers dan Chessington World of Adventure di Britain, Gardaland di Itali dan Heide Park di Jerman.

Berita itu, yang mengesahkan laporan media semalaman, menyebabkan harga saham Merlin melonjak 14%.

Ketua Eksekutif Kirkbi Soren Thorup Sorensen berkata pengambilalihan itu membolehkan kumpulan gabungan itu memasuki fasa pertumbuhan baru.

“Dengan pemahaman yang dikongsi bersama mengenai perniagaan dan budaya, kami percaya kumpulan pelabur ini mempunyai sumber kolektif unik yang diperlukan untuk menyempurnakan Merlin ... bagi pertumbuhan fasa seterusnya.

“Kami komited untuk memastikan Legoland dan aktiviti lain di Merlin mencapai potensi penuh mereka, yang kami percaya adalah terbaik untuk dimajukan di bawah kepemilikan swasta, bagi memberikan pengalaman hebat kepada pelawat dari semua peringkat umur di seluruh dunia,” katanya.

Merlin ditubuhkan pada 1999 dan diapungkan di Bursa Saham London pada 2013.

Ia menerima tempahan sebanyak £1.65 bilion pada 2018, apabila menyambut 67 juta pelawat ke pusat tarikan pelancongannya di seluruh dunia.

Kirkbi, yang disokong oleh keluarga jutawan Denmark, Kiristiansen, memiliki pegangan saham sebanyak 75% dalam Lego.

“Sebagai pemilik jangka panjang jenama Lego dan sebagai pemegang saham strategik di Merlin sejak 2005, kami berbangga dan semangat yang tinggi untuk syarikat yang luar biasa ini, pasukan pengurusan dan pekerjanya,” tambah Sorensen pada Jumaat. – AFP, 28 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen