SEORANG remaja 17 tahun yang merupakan pekerja ladang maut akibat strok haba, kata pihak berkuasa yang menambah ia juga merupakan kematian pertama yang dicatatkan berikutan gelombang haba yang melanda Sepanyol dan sebahagian besar kawasan di Eropah.
Remaja terbabit mulanya berasa pening sebelum berenang di sebuah kolam namun mengalami kekejangan sebaik keluar daripada kolam dan rebah, kata pihal berkuasa tempatan Andalusia di selatan Sepanyol.
Mangsa dikejarkan ke wad kecemasan di sebuah hospita di Cordoba, dan “meninggal dunia selepas menjalani rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sepanyol kini mengalami gelombang haba dengan suhu mencecah 40 darjah selsius yang dijangka akan berlarutan sehingga Sabtu.
Daripada 50 ilayah di Sepanyol, 34 daripadanya mengeluarkan amaran, terutamanya di Catalonia yang mana pasukan bomba bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran hutan yang kini seluas 6,500 hektar.
Kira-kira 400 anggota bomba dikerah ke lokasi dan memadamkan kebakaran sepanjang malam.
Pesawat serta helikopter turut digunakan bagi mengawal kebakaran itu. – AFP, 28 Jun, 2019
Komen