Sidang Kemuncak G20 bermula 


Barisan pemimpin dunia yang hadir pada Sidang Kemuncak G20 selama dua hari yang berlangsung di bandar pelabuhan Osaka, Jepun.– Gambar EPA, 28 Jun, 2019

SIDANG Kemuncak G20 selama dua hari yang berlangsung di bandar pelabuhan Osaka, Jepun membuka tirainya pada Jumaat, menghimpunkan pemimpin dari negara kuasa dunia, lapor agensi berita Anadolu.

Perdana Menteri Shinzo Abe merangkap presiden sidang kemuncak itu, mengalu-alukan kehadiran pemimpin serta ketua beberapa pertubuhan antarabangsa.

Bertemakan “Ekonomi Digital” sidang kemundak itu diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Intex Osaka.

Pada hari pertama pemimpin mengadakan pertemuan dua hala selain menghadiri sesi “Inovasi” dan diakhiri dengan acara kebudayaan serta jamuan makan malam.

Hari kedua dimulakan dengan sesi khas bertemakan “Memperkasakan Wanita”, sebelum pemimpin menghadiri sesi penutup sidang kemuncak dengan agenda “Perubahan Iklim - Alam Sekitar dan Tenaga”.

Lebih 2,000 wartawan dari seluruh dunia membuat liputan sidang kemuncak yang dihadiri kira-kira 30,000 peserta termasuk 19 pemimpin dan perwakilan dari Kesatuan Eropah.– Bernama, 28 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen