PROJEK pembinaan Hospital Sri Aman di Bandar Sri Aman bernilai RM 176.27 juta yang terletak 127.5 kilometer dari Kuching merupakan salah satu projek “sakit” kerajaan persekutuan yang diberi keutamaan untuk disiapkan “secepat mungkin”.
Pembinaan hospital 108 katil yang dijanjikan 12 tahun lalu oleh bekas perdana menteri Najib Razak, hanya 59% siap sedangkan ia sepatutnya dijadualkan siap pada 3 Ogos tahun ini.
Projek berkenaan turut mempunyai beberapa “tarikh siap baharu” dalam tempoh 12 tahun ini dan yang terbaharu ialah tahun hadapan.
Menteri Kerja Raya Baru Bian, selepas mempengerusikan bersama mesyuarat majlis tindakan negeri di Kuching hari ini berkata, hospital berkenaan merupakan antara enam projek kerajaan persekutuan yang disenaraikan kementerian untuk diselamatkan.
Pengerusi bersama majlis berkenaan, yang memantau dan menyelia pelaksanaan projek persekutuan di negeri itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah.
Lima lagi projek terbabit adalah pos kawalan imigresen dan kuarters kakitangan bernilai RM148.98 juta di sempadan Sarawak-Kalimantan di Ba’Kelalan, projek akses jalan raya ke tapak empangan hidrolektrik Baleh di pedalaman Kapit bernilai RM1.4 juta, cadangan menggantkan 18 bilik darjah dan kemudahan lain di SMK Lutong di Miri bernilai RM23.14 juta, cadangan untuk membina pusat Heart of Borneo bernilai RM9.75 juta dan cadangan RM48.27 juta bagi membina sekolah menengah baru 36-kelas di Tudan, Miri.
Pembinaan hospital 300 katil di Petra Jaya yang terbengkalai turut disenaraikan.
Projek-projek ini adalah antara 17% (sekolah Tudan) dan 55% (pos imigresen Ba Kelalan) tidak mengikut jadual.
Baru berkata secara purata, daripada 631 projek yang sedang dilaksanakan di Sarawak pada 23 Jun, 60.5% daripada mereka tidak mengikut jadual. – 28 Jun, 2019
Berita penuh di sini.
Komen