5 maut selepas 10 rumah terbakar dipanah petir di utara Pakistan


Sebanyak 10 buah rumah terbakar akibat dipanah petir dalam satu kejadian di kampung Choutron di daerah Shigar, Pakistan. – Gambar EPA, 28 Jun, 2019.

SEBANYAK 10 buah rumah musnah dalam kebakaran di wilayah Gilgit-Baltistan, utara Pakistan menyebabkan lima maut dan dua lagi cedera pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut media tempatan, rumah itu terbakar akibat dipanah petir dalam satu kejadian di kampung Choutron di daerah Shigar.

Tiga wanita dan dua kanak-kanak antara yang maut.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital daerah dan keadaan mereka dilaporkan kritikal. – Bernama, 28 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen