Kes rasuah Rosmah dipindahkan ke mahkamah tinggi


Bede Hong

Rosmah Mansor, isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 28 Jun, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes rasuah RM juta yang melibatkan isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan pemindahan dari mahkamah sesyen kerana kes Rosmah yang lain telah dipindahkan ke mahkamah tinggi dan pihak defendan tidak membantah permohonan berkenaan.

Mohd Nazlan juga berkata, kes itu telah menimbulkan “kepentingan awam”.

Rosmah yang memakai baju kurung dan bertudung putih dilihat duduk di dalam kendang tertuduh. 

Rosmah diwakili oleh Jagjit Singh Akberdin Abdul Kader manakala Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mengetuai pendakwaan.

Pada Selasa, mahkamah mengarahkan Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai untuk pengurusan kes perbicaraan rasuahnya di mana dia didakwa menerima RM5 juta menerusi projek solar untuk sekolah luar bandar.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi telah menolak permohonan untuk pengecualian di mana pihak pertahanan membantah dengan mengatakan proses itu hanyalah terlalu mengikut peraturan semata-mata yang tidak mengkehendaki kehadiran klien mereka.

Pada 10 Mei tahun ini, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menerima rasuah RM5 juta daripada Jepak Holdings Sdn Bhd sebagai ganjaran membantu mendapatkan projek solar tiga tahun lalu.

Dia didakwa menerima RM5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, 60, melalui Rizal Mansor, 45, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovaltaic Hybrid dan penyelenggaraan dan operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus dengan Kementerian Pelajaran.

Kesalahan dilakukan di Seri Perdana di Putrajaya pada 20 Disember 2016.

Tuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali jumlah rasuah atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – 28 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen