SPEAKER Dewan Amerika Syarikat Nancy Pelosi semalam terpaksa tunduk pada tekanan daripada Presiden Donald Trump dan Republican apabila Kongres meluluskan bantuan kecemasan AS$4.6 bilion bagi menangani krisis pendatang haram di sempadan selatan negara itu.
Sehari selepas Senat meluluskan langkah sokongan pentadbiran, Dewan Rakyat mengikutinya dengan undi bipartisan 305 kepada 102 yang menyebabkan rang undang-undang itu dibawa ke meja presiden.
Wang kecemasan itu akan memberikan suntikan kewangan bagi membantu mengawal sempadan AS-Mexico, di ketika krisis semakin sukar dikawal dengan kanak-kanak migran diletakkan dalam keadaan tidak sepatutnya, kadangkala tanpa sabun, ubat gigi atau diberi mandi, tanpa pengurusan orang dewan dan makan tidak mencukupi.
Agensi seperti Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia berdepan masalah kebanjiran pendatang haram, kebanyakan dari Amerika Tengah, tiba di sempadan selatan.
Dua parti politik AS bertelingkah berkenaan peruntukan bagi sempadan itu selama berbulan-bulan. – AFP, 28 Jun, 2019.
Komen