Pulangkan dana walaupun nama tiada, kata Lim kepada penerima 1MDB


Ragananthini Vethasalam

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penerima dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu memulangkan wang itu walaupun nama mereka tidak termasuk dalam senarai pelucutan hak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Jun, 2019

PENERIMA dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu memulangkan wang itu walaupun nama mereka tidak termasuk dalam senarai pelucutan hak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim berkata, senarai penerima tidak terhad kepada hanya 41 individu yang diumumkan oleh agensi anti-rasuah Jumaat lepas.

SPRM telah memfailkan saman lucut hak untuk mendapatkan RM270 juta dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mengambil rujukan kelab media di Pulau Pinang Lim berkata, persatuan itu adalah contoh penerima yang namanya tidak disenaraikan.

“Mereka mengaku (menerima dana) dan mengatakan akan membayar balik. Nama mereka bukan sebahagian daripada senarai dan ada kemungkinan senarai itu lebih besar.

“Jika mereka hanya penerima dan tidak menyedari 1MDB serta penyokong Jho Low, maka kami akan memastikan mereka membayar dan memberikan penjelasan tepat kepada SPRM.

Wang yang diperoleh akan dimiliki oleh kementerian itu kerana 1MDB adalah sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

“Ini tidak bermakna hanya kerana nama mereka tidak ada dalam senarai, mereka bebas,” katanya. – 27 Jun, 2019

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen