LAGENDA kriket India Sachin Tendulkar menyaman syarikat pengeluar barangan sukan Australia kerana didakwa gagal membayarnya berjuta-juta dolar di bawah perjanjian perlesenan eksklusif, kata peguamnya hari ini.
Tendulkar memeterai perjanjian penajaan eksklusif di seluruh dunia dengan kumpulan Spartan Sports pada 2016 untuk mempromosikan barangan sukan.
Saman yang difailkan dengan mahkamah di Sydney mengatakan Spartan gagal membayar royalty kriket dan yuran pengesahan serta terus menggunakan namanya dan imej walaupun selepas perjanjian ditamatkan.
Firma undang-undang Sydney Gilbert dan Tobin dalam satu kenyataan berkata, selain membenarkan Spartan menggunakan nama dan imej Tendulkar, pemain kriket itu juga menghadiri acara promosi untuk Spartan di Mumbai dan London.
Pasangan Gilbert dan Tobin, Siabon Seet berkata Tendulkar menuntut ganti rugi besar terhadap Spartan dan pengarahnya kerana melanggar kontrak dan kelakuan mengelirukan serta menipu.
Saman itu juga menuntut pembatalkan cap dagangan yang menampilkan siluet Tendulkar yang didaftarkan oleh salah satu syarikat kumpulan Spartan.
Kenyataan itu tidak memberikan angka untuk ganti rugi yang diminta, namun laporan media Australia mengatakan Spartan yang dibubar tahun lepas gagal membayar US$2 juta (RM8.4 juta) dan berhutang dalam perjanjian dua tahun.
“Tendulkar telah berusaha untuk menyelesaikan perselisihan dengan Spartan sebelum memfailkan kesnya.
“Spartan tidak mengambil perhatian serius dan terus menggunakan namanya serta rupa tanpa kebenarannya. Tendulkar tidak ada sebarang alternative lain melainkan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
Firma undang-undang itu berkata, kes itu akan dibawa ke mahkamah pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. – AFP, 27 Jun, 2019.
Komen