PASANGAN bintang terkenal Korea Song Joong Ki dan Song Hye Kyo mengambil keputusan untuk bercerai selepas dua tahun berkahwin, lapor agensi berita Yonhap.
Sebuah firma undang-undang yang mewakili pelakon Song Joong Ki memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul hari ini.
“Saya minta maaf kerana menyampaikan berita buruk kepada mereka yang menyayangi dan menyokong saya selama ini,” kata aktor kacak itu melalui agensi pengurusannya Blossom Entertainment.
Kisah cinta pasangan itu mula berputik ketika menjadi pasangan kekasih dalam drama popular ‘Descendants of The Sun’.
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 31 Oktober 2017 dalam majlis tertutup di sebuah hotel di Seoul. – Bernama, 27 Jun, 2019
Komen