KERUGIAN RM150 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad dan skandal rasuah lain menyebabkan kerajaan tidak mampu untuk berbelanja, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, kerajaan terjejas akibat kekangan kewangan berikutan kerugian ini walaupun ingin belanjakan lebih banyak untuk pembangunan.
“Kerajaan ingin berbelanja dengan lebih bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Akan tetapi, terdapat isu legasi seperti 1MDB yang perlu ditangani dahulu.
“Tiada satu negara pun mampu hilang RM150 bilion tanpa menjejaskan keadaan fiskalnya,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada Konsultasi Belanjawan 2020 di Putrajaya hari ini.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata Putrajaya kerugian sebanyak RM52 bilion hanya kepada 1MDB sahaja, manakala bagi skandal lain sebanyak RM50 bilion kerugian.
Sementara itu, skandal rasuah seperti Tabung Haji dan Felda mengurangkan lagi RM50 bilion.
Dalam pada itu, Lim turut mengumumkan Belanjawan 2020 akan dibentangkan di Parlimen pada 11 Oktober. – 27 Jun, 2019
Berita penuh di sini.
Komen