Pelajar Australia dikhuatiri ditahan di Korea Utara


AUSTRALIA hari ini berkata ia sangat memerlukan pengesahan tentang nasib seorang warganegaranya yang dikhuatiri ditahan di Korea Utara.

Jabatan hal ehwal luar negara berkata ia sudah berhubung dengan keluarga seorang lelaki yang dinamakan sebagai Alek Sigley oleh media berbahasa Korea.

Pihak berkuasa berkata mereka berhubung dengan keluarga lelaki berkenaan yang dilaporkan sebagai ditahan di Korea Utara.

Sigley salah seorang daripada pelajar Barat di Universiti Kim Il Sung, di mana beliau dalam jurusan kesusasteraan Korea.

Beliau juga menjalankan syarikat pelancongan di Korea Utara dan menulis artikel tentang tempat makan malam di Pyongyang dan beberapa isu lain untuk NK News.

Posting di media sosialnya kali terakhir dilihat, tiga hari lalu.

Australia tidak mempunyai duta diplomatik di Pyongyang dan diwakili oleh Kedutaan Sweden di Korea Utara.

Canberra menasihati rakyatnya untuk tidak melancong sesuka hati ke Korea Utara – di mana beberapa warga asing ditahan.

Pada 2016, Otto Warmbier, seorang pelajar University of Virginia dipenjarakan ketika melancong ke Korea Utara selepas dituduh menurunkan satu poster propaganda.

Doktor berkata Warmbier, 22, mengalami kecederaan di bahagian otak ketika ditahan, sehingga menyebabkan dia koma dan meninggal dunia beberapa hari selepas kembali ke Amerika Syarikat pada Jun 2017. – AFP, 27 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen