Penduduk selatan Thailand diarah hantar gambar sahkan telefon bimbit


Tiga negeri selatan Thailand- Yala, Pattani dan Narathiwat- sejak 2004 terjebak dalam konflik bersenjata antara pemberontak Melayu Islam dan kerajaan pusat Thailand majoriti Buddha yang menakluk kawasan itu sekurun lalu. – Gambar AFP, 26 Jun, 2019.

ARAHAN supaya pengguna telefon bimbit di selatan Thailand menghantar gambar mereka untuk tujuan pengesahan mencetuskan kecaman.

Pembantah menyifatkan arahan itu akan terus menindas hak asasi penduduk Islam majoriti kawasan itu.

Tetapi, jurucakap tentera mempertahankan arahan itu, berkata ia perlu dilakukan untuk menghapuskan taktik penggunaan telefon bimbit sebagai bahan letupan.

Tiga negeri selatan Thailand- Yala, Pattani dan Narathiwat- sejak 2004 terjebak dalam konflik bersenjata antara pemberontak Melayu Islam dan kerajaan pusat Thailand majoriti Buddha yang menakluk kawasan itu sekurun lalu.

Konflik sudah meragut lebih 7,000 nyawa, kebanyakan adalah orang awam pelbagai agama, dan pasukan keselamatan pada masa dahulu menahan suspek pengganas tanpa waran tangkap.

Sekarang, syarikat telekomunikasi meletakkan syarat kepada 1.5 juta pengguna telefon bimbit untuk menghantar gambar mereka bagi tujuan pengesahan wajah, susulan arahan tentera- langkah yang boleh mencetuskan kemarahan kumpulan haluan kanan.

“Dalam kes penyerang menggunakan kad SIM untuk meletupkan bom, kami boleh mengesan penyerang,” kata Kolonel Watcharakorn Onngon, timbalan jurucakap tentera di kawasan itu hari ini.

Pendaftaran akan berakhir pada 31 Oktober, dan sesiapa yang gagal menghantar gambar mereka akan dipotong talian, katanya.

Kumpulan hak asasi dan penduduk Islam kawasan itu sudah lama menuduh kerajaan Thailand menindas penduduk Melayu Islam, mencetuskan ketegangan dalam komuniti yang merasakan mereka jadi sasaran.

Walaupun, Thailand secara keseluruhannya tidak tertakluk kepada syarat baharu itu, mereka yang kad SIM tidak berdaftar yang pergi ke tiga daerah itu tidak akan mendapat liputan talian, kata Watcharakorn. – AFP, 26 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen