10 migran maut kemalangan di Turki


SEPULUH migran terbunuh manakala 30 lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam nahas jalan raya di barat laut Turki, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan pejabat gabenor wilayah Edirne.

Menurut kenyataan itu, kenderaan terbabit tidak berhenti apabila diberi amaran oleh pihak berkuasa.

“Pemandu kenderaan itu tidak berhenti apabila diminta dan melanggar tembok sebuah kedai ketika cuba melarikan diri,” jelas kenyataan itu.

Wilayah Edirne bersempadan dengan Greece dan Bulgaria, menjadi lokasi tumpuan kepada migran untuk menuju ke Kesatuan Eropah.

Turki menjadi lokasi transit utama bagi pendatang tanpa izin untuk menuju ke Eropah bagi memulakan kehidupan baharu, selain melarikan diri daripada konflik peperangan dan penganiayaan. – Bernama, 26 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen