OMAN hari ini memutuskan untuk membuka sebuah kedutaan di Palestin bagi memberi sokongan kepada rakyat negara itu.
Dalam satu kenyataan di Twitter, Kementerian Luar Negeri berkata, dalam kesinambungan sokongan Oman terhadap rakyat Palestin, Kesultanan Oman telah memutuskan untuk membuka misi diplomatik di peringkat kedutaan di Palestin.
Langkah itu bertepatan dengan bengkel ekonomi yang diterajui oleh Amerika Syarikat (AS) di Bahrain untuk membuktikan rancangan perdamaian Timur Tengah yang tidak diharapkan untuk mengiktiraf kemerdekaan Palestin. – AFP, 26 Jun, 2019.
Komen