Pasukan petugas khas mulakan siasatan kes Amri, kata Muhyiddin


Chan Kok Leong

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan petugas khas akan memulakan siasatannya dengan melihat kes kehilangan aktivis Amri Che Mat terlebih dahulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 Jun, 2019.

PASUKAN petugas khas akan memulakan siasatannya dengan melihat kes kehilangan aktivis Amri Che Mat terlebih dahulu, kata Muhyiddin Yassin.

Menteri Dalam Negeri memberitahu pemberita bahawa masih ada perbicaraan kes itu di mahkamah berkenaan kehilangan Pastor Raymond Koh.

“Pasukan petugas khas tidak dapat meneliti kes Koh (sekarang) kerana masih ada kes dalam proses menunggu di mahkamah,” katanya.

Beliau merujuk kepada kes perbicaraan jenayah pemandu sambilan Lam Chang Nam, 31, yang didakwa menculik Koh pada 16 Januari 2018.

Lam pada mulanya didakwa kerana cuba meminta RM30,000 daripada anak lelaki Koh, Jonathan di sebuah pusat membeli belah di Kelana Jaya pada 6 Mac 2017.

Tetapi pertuduhan itu kemudian berubah menjadi kes culik.

Amri yang merupakan pengasas kumpulan kebajikan Perlis Hope keluar dari rumahnya di Kangar kira-kira jam 11.30 malam pada 25 November 2016.

Koh yang mengasaskan Harapan Komuniti dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki di Jalan SS4B/10 di Petaling Jaya pada 13 Februari 2017 ketika dalam perjalanan ke rumah seorang kawan.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen