Pemangku pesuruhjaya kastam dan perlindungan sempadan AS letak jawatan


Pada Mei pegawai penguatkuasa undang-undang AS menahan lebih 130,000 orang cuba menyeberangi sempadan secara haram, jumlah bulanan tertinggi dalam tempoh 13 tahun. – Gambar EPA, 26 Jun, 2019.

PEMANGKU Pesuruhjaya Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS), John Sanders memberi bayangan akan meletak jawatan berikutan peningkatan jumlah pendatang tanpa izin yang menyeberangi sempadan AS-Mexico, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau memberikan bayangan itu menerusi mesej yang dihantar kepada pegawai agensi terbabit.

Dalam mesejnya itu beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatannya yang akan berkuat kuasa 5 Julai.

Baru-baru ini, agensi itu dikritik kerana gagal mengekang kemasukan keluarga migran di sepanjang sempadan.

Media tempatan melaporkan ratusan kanak-kanak migran dipindahkan dari fasiliti Peronda Sempadan di Texas.

Pada Mei pegawai penguatkuasa undang-undang AS menahan lebih 130,000 orang cuba menyeberangi sempadan secara haram, jumlah bulanan tertinggi dalam tempoh 13 tahun. – Bernama, 26 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen