Mahkamah Agung Brazil tolak permohonan bebaskan bekas pemimpin Lula


MAHKAMAH Agung Brazil pada Selasa menolak permintaan untuk membebaskan ikon berhaluan kiri Luiz Inacio Lula da Silva dari penjara sementara mempertimbangkan sama ada Menteri Kehakiman Sergio Moro yang menjatuhkan hukuman, berat sebelah.

Mahkamah mengundi 3-2 untuk menangguhkan penghujahan mengenai sama ada Moro tidak memihak kepada Lula apabila menjatuhkan hukuman semasa pertuduhan pertamanya pada 2017 dan menolak petisyen membenarkan Lula bebas dari penjara.

Moro, hakim yang berkuasa di sebalik siasatan korupsi “Car Wash” sebelum dilantik dalam Kabinet Presiden Jair Bolsonaro pada Januari lalu, dituduh bersekongkol dengan pendakwa untuk memastikan Lula tidak termasuk dalam pilihan raya presiden 2018.

Moro menafikan “sebarang penyelewengan etika” selepas laman web penyiasatan The Intercept menerbitkan mesej bocor yang menunjukkan salah laku beliau. – AFP, 26 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen