Ribuan rakyat Palestin bantah pelan damai AS


Ribuan rakyat Palestin berhimpun dan berarak di Nablus bagi membantah pelan damai Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 25 Jun, 2019

RIBUAN rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan pada Selasa di Tebung Barat dan Jalur Gaza terhadap pelancaran pelan damai pentadbiran Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Lebih 3,000 orang berhimpun di Nablus di utara Tebing Barat dan ratusan lagi turut berhimpun di Ramallah dan Hebron, kata wartawan AFP.

AS dijangka akan membentangkan cadangan ekonomi di Bahrain yang mensasarkan untuk memberi laluan kepada proses damai antara Israel dan Palestin.

Namun rakyat Palestin membantah perkara itu dan menyifatkan pentadbiran Presiden Donald Trump sebagai pro-Israel dan berat sebelah.

Gesaan bantahan itu dibuat oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kumpulan lain yang membangkitkan kebimbangan berlakunya pertempuran.

Bantahan turut diadakan di Jalur Gaza yang dikuasai Hamas dan kebanyakan premis perniagaan dan makanan ditutup.

Sekumpulan penunjuk perasaan di utara Gaza bertindak membakar gambar Trump, kata wartawan AFP. – AFP, 25 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen