Dron AS ditembak dalam ruang udara Iran, kata Rusia 


Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Nikolai Patrushev berada di Baitulmaqdis untuk berunding dengan pihak AS dan Israel.– Gambar EPA, 25 Jun, 2019

DRON milik Amerika Syarkat yang ditembak jatuh oleh Tehran minggu lalu berada dalam ruang udara Iran, kata Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, berikutan dakwaan AS yang bertentangan.

“Saya mempunyai maklumat daripada kementerian pertahanan Persekutuan Rusia bahawa dron ini berada dalam ruang udara Iran,” Nikolai Patrushev dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Rusia di Baitulmaqdis.

Patrushev berada di Baitulmaqdis untuk berunding dengan pihak AS dan Israel, ketika ketegangan semakin memuncak selepas Iran menembak jatuh dron pengintip AS pada 19 Jun lalu. 

Presiden AS Donald Trump menyifatkan ia sebagai serangan balas namun kemudian menarik balik kenyataan itu.

Iran bertegas bahawa dron berkenaan telah menceroboh ruang udara Iran berdekatan Selat Hormuz, namun Pentagon menafikan ia memasuki wilayah Iran. – AFP, 25 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen