PRESIDEN Iran Hassan Rouhani pada Selasa berkata, sekatan baharu Amerika Syarikat terhadap beberapa pegawai kanan kerajaan Iran termasuk duta kanan Mohammad Javad Zarif menunjukkan Washington “berbohong” mengenai tawaran untuk berunding.
“Dalam masa yang sama kamu mahu adakan rundingan, kamu kenakan sekatan terhadap menteri luar? Ia jelas kamu berbohong,” kata Rouhani pada satu mesyuarat dengan menteri-menteri yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Kenyataan itu dibuat susulan daripada kenyataan Penasihat Keselamatan AS Joh Bolton yang mengatakan Washington “sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan” sebagai maklum balas terhadap Iran yang hanya berdiam diri.
Rouhani turut mempersoalkan tindakan menyenaraihitamkan pemimpin Ayatollah Ali Khamenei dan berkata ia menunjukkan Washington “keliru”.
“Aset pemimpin hanya tempa ibadat Syiah dan kediaman yang sederhana. Pemimpin kami tidak seperti pemimpin negara lain yang memiliki berbiliong wang dalam akaun di luar negara jadi kamu boleh kenakan sekatan, rampasnya atau halangnya,” kata Rouhani.
“Nak kenakan sekatan terhadapnya untuk apa? Untuk halangnya ke Amerika?”
Trump mengenakan sekatan baru pada hari Isnin terhadap pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan pemimpin tertinggi tentera tertinggi, serta meningkatkan kepentingannya di wilayah yang semakin bergolak.
Perbendaharaan AS berkata, ia juga akan menyenaraihitamkan Menteri Luar Iran Zarif dan lapan komander kanan Tentera Revolusi Iran.
Iran dan AS memutuskan hubungan diplomatik pada 1980 berikutan krisis tebusan di kedutaan AS di Tehran berikutan revolusi Islam Iran.
Ketegangan terbaharu ini tercetus setahun selepas Trump menarik diri daripada perjanjian dengan Iran dalam program nuklear.
Rouhani menyatakan sebelum ini wujud ruang untuk mengadakan rundingan dengan AS.
Zarif telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS Rex Tillerson sebelum Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear pada Mei 2018 dan mengenakan semula sekatan terhadap Iran.
Zarif juga merupakan perancang utama dalam perjanjian yang dipersetujui Iran untuk menamatkan program nuklearnya dan meletakkan syarat agar sekatan dihentikan.
Namun beliau dan Rouhani menuduh Washington melancarkan “perang ekonomi” ke atas Iran sejak ia menarik diri daripada perjanjian nuklear.
Tehran turut mengancam untuk mengurangkan komitmennya di bawah perjanjian itu melainkan pihak antarabangsa—Britain, China, Perancis, Rusia dan Jerman—membantunya mengelakkan sekatan AS, terutamanya menerusi eksport minyak.
“Rumah Putih ini lembam dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Rouhani. – AFP, 25 Jun, 2019
Komen