Permohonan keputusan tanpa bicara Sultanah Terengganu didengar 10 September


Bede Hong

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan oleh Sultanah Terengganu ditentukan melalui penghakiman terus tanpa perbicaraan sama ada satu petikan dalam buku Clare Rewcastle-Brown, “The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Exposé”, adalah fitnah.

Hakim Ahamd Zaidi Ibrahim menetapkan 10 September bagi perbicaraan. Semua pihak akan diminta memfailkan keterangan bertulis mereka pada masa itu.

Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd hari ini mengemukakan permohonan afidavit mereka terhadap permohonan Sultanah Nur Zahirah bagi saman fitnahnya untuk diputuskan tanpa bicara.

Sultanah memfailkan permohonan itu pada 13 Mei di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Sekiranya berjaya, mahkamah boleh menganggap Rewcastle-Brown dan dua yang lain tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan Sultanah Nur Zahirah dan ganti rugi akan diberikan.

Sultanah meminta ganti rugi sebanyak RM300 juta daripada tiga defendan, atau RM100 juta setiap satu.

Hakim mempunyai budi bicara untuk membuang kes fitnah tanpa perlu perbicaraan penuh dengan saksi dipanggil untuk memberi keterangan.
 
Sultanah bertindak menyaman Rewcastle-Brown berhubung kandungan yang dikatakan fitnah dalam bukunya. – 25 Jun, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen