Bom Perang Dunia II dijumpai di Jerman


Ahad lepas, sebutir bom berkemungkinan dari Perang Dunia Kedua meletup di sebuah padang di barat Jerman, meninggalkan kawah besar dan menyebabkan kecederaan. – Gambar EPA, 25 Jun, 2019.

DUA butir bom dari Perang Dunia Kedua ditemui di sebuah bandar di utara Frankfurt, Jerman semalam menyebabkan kira-kira 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan buat sementara, kata polis tempatan.

Bom milik Jerman seberat 250kg dan bom milik Amerika Syarikat (AS) seberat 50kgditemui berdekatan antara satu sama lain di zon perindustrian di bandar Giessen yang terletak di pusat bandar Hesse.

Menurut polis, bom Jerman itu perlu diletupkan kerana ia telah ternyahgred untuk dimatikan, manakala bom AS itu boleh dimatikan dengan selamat.

Kira-kira 2,500 orang telah dipindahkan untuk sementara sebelum letupan dilakukan.

Hampir 75 tahun selepas Perang Dunia Kedua, masih terdapat banyak bom dan peluru hidup ditemui di Jerman.

Ahad lepas, sebutir bom berkemungkinan dari Perang Dunia Kedua meletup di sebuah padang di barat Jerman, meninggalkan kawah besar dan menyebabkan kecederaan. – AFP, 25 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen