Ubah suai rumah baharu Putera Harry, Meghan RM12.5 juta


Rumah baharu Putera Harry dan isterinya Meghan di Windsor menjalani pengubahsuaian dengan kos RM12.5 juta. – Gambar AFP, 25 Jun, 2019.

RUMAH baharu Putera Harry dan isterinya Meghan di Windsor menjalani pengubahsuaian dengan kos RM12.5 juta (AS$3 juta) sebelum mereka dapat berpindah masuk, menurut laporan akaun diraja.

 Cucu Ratu Elizabeth II dan isterinya itu berpindah ke Frogmore Cottage di Istana Windsor sebelum kelahiran anak lelaki mereka Archie pada 6 Mei.

Kediaman di barat London itu berpecah kepada lima rumah berasingan tetapi dikembalikan kepada satu hartanah dalam tempoh pengubahsuaian selama enam bulan itu.

“Hartanah itu sudah lama tidak diubahsuai,” kata Michael Stevens, yang mengendalikan akaun diraja.

“Bangunan itu dikembalikan kepada satu rumah kediaman dan infrastruktur lama digantikan untuk menjamin masa depan jangka panjang hartanah itu.

“Semua kelengkapan dibayar oleh tuanku,” katanya.

Kos itu didedahkan kerana monarki British menerbitkan akaunnya untuk tahun kewangan lepas.

Monarki dibayar untuk kegunaan sebahagian keuntungan daripada tanah miliknya, selebihnya diserahkan kepada kerajaan.

Perbelanjaan rasmi monarki bagi tahun kewangan 2018-2019 ialah £67 juta, termasuk mengubahsuai Frogmore Cottage, yang dibina pada 1801. – AFP, 25 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen