INSTITUSI pengajian tinggi merupakan tempat lahirnya bakal pemimpin masa depan yang mana ia menjadi tempat bakat dan kewibawaan mereka diasah sebelum berdepan dunia sebenar politik tanah air.
Namun Malaysia merupakan salah satu tempat yang mana politik kampus yang sepatutnya dipupuk berdepan pelbagai halangan berikutan batasan yang diletakkan menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Jadi, apa makna politik kampus? Adakah ia mikrokosm politik negara atau adalah ia memiliki identitinya sendiri?
“Jika anda tanya kepada saya, saya merasakan ia adalah versi mini politik Malaysia,” kata aktivis Penggerak Mahasiswa Hazwan Syafiq, satu-satunya gerakan pelajar di Universiti Malaya.
Sejak ditubuhkan di UM pada 1905 (ia berasal dari Singapura dikenali sebagai Kolej Perubatan King Edward VII), politik kampus sentiasa berpecah kepada dua pihak - satu pihak menyokong polisi universiti, dan satu lagi membangkang.
Walaupun berbeza daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang kita kenali hari ini, dua pihak pelajar berkongsikan satu persamaan dengan politik tanah air, dengan versi mereka sendiri perpecahan pembangkang.
“Sebagaimana yang dapat diihat, politik kami sama dengan politik Malaysia yang mana berlaku pertikaian dalam pembangkang.
“Melihat kepada pemimpin anti gerakan pelajar, mereka meninggalkan pergerakan asal mereka dan mencipta beberapa nama daripada pergerakan asal,” kata Hazwan kepada The Malaysian Insight.
Pihak anti gerakan pelajar di UM ini pada asalnya dikenali sebagai Pro-Mahasiswa (Pro-M) namun berpecah kepada empat gerakan pelajar. Pecahan daripada gerakan ini juga mula diperkenalkan sejak tahun lalu.
Sebagaimana berpecahnya mereka, Haswan berkata matlamat semua gerakan pelajar ini adalah fokus kepada kebajikan pelajar.
“Penggerak Mahasiswa, sebagai contoh. Agenda kami adalah kami mahu menjadi rakan kongsi universiti, benar kami menyokong universiti, tetapi tidak semestinya kita perlu mengikut semua yang mereka kata.
“Apa pun polisi yang diperkenalkan pihak universiti yang kami tidak setuju, kami akan suarakan menerusi saluran yang betul bukan menerusi demonstrasi dan cara yang radikal.
“Kami percaya dengan rundingan dan toleransi. Kami percaya setiap isu dan masalah boleh dibincangkan dan diselesaikan.”
Penggerak telah menamakan 38 calon untuk bertanding pada pilihan raya kampus UM yang bermula hari ini. Parlimen mempunyai 40 wakil dan 21 kerusi majoriti diperlukan untuk menang. Majlis pelajar UM juga memiliki kabinetnya sendiri - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Pembangkang
Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Kon Hua En berkata politik di universiti sama “kotor” dengan politik sebenar.
“Ini terutamanya bagi pelajar yang tidak setuju dengan kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Kon berkata, peajar ini dihalang daripada menyertai pilihan raya atau memegang jawatan dalam mana-mana persatuan sepanjang tempoh pengajian mereka.
“Umany adalah antara badan pergerakan anti gerakan pelajar. Kami melihat kerajaan hari ini, dan mengkritik mereka kerana polisi mereka yang menjejaskan pelajar universiti,” katanya.
“Kami bertindak sebagai badan bebas yang mana kami mengawasi kerajaan dan parti pembangkang seperti PH.
“Sebab mengapa kami fokuskan kepada kerajaan adalah kerana polisinya memberi kesan langsung kepada pelajar universiti. Sekiranya pembangkang menjadi kerajaan, kami juga akan melakukan perkara yang sama.”
Dalam pilihan raya ini, Umany bekerjasama dengan gerakan pelajar lain untuk bertanding di 28 kerusi.
Politik tidak demokratik
Bekas aktivis pelajar, Hisommudin Bakar berkata pilihan raya UM langsung tidak mencerminkan demokrasi sebenar.
“Pertamanya pilihan raya kampus UM tidak boleh mewakili pilihan raya sebenar sepenuhnya, kerana perjalanan pilihan raya ini bukan simulasi yang betul demokrasi.
“Sebagai contoh, dalam penamaan calon..ia adalah sistem yang tidak membenarkan calon menunjukkan mereka dari parti mana.
“Parti mereka lebih kepada gerakan pelajar. Apabila kamu mendaftar, kamu hanya calon. Ia sangat umum. Ia bukan calon berdasarkan parti.
“Apabila pentadbiran UM mengenal pasti kamu daripada mana-mana parti, kamu akan hilang kelayakan mengikut peraturan pilihan raya kampus,” kata Hisommudin yang kini pengarah Ilham Centre.
Pilihan raya UM kini diuruskan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebuah badan yang menentukan apa sahaja daripada pencalonan dalam pilihan raya sehingga keahlian MPP.
“Tempoh pilihan raya UM juga tidak munasabah. Sehari untuk penamaan calon dan dua hari untuk berkempen, dan sehari lagi untuk pengundian. Tidak cukup masa untuk calon menyuarakan polisi mereka,” kata Hisommudin kepada The Malaysian Insight.
Pilihan raya Universiti di seluruh negara berubah kepada lebih teruk kerana ia tidak menggambarkan demokrasi sebenar kepada pelajar di Malaysia, katanya.
“Perjalanan pilihan raya kampus sepatutnya memberikan perasaan demokratik kerana iatu yang diharapkan apabila mereka bergelar graduan. Tapi ia tidak berlaku kepada universiti di seluruh negara.
“Jadi, perjalanannya hanya untuk mengisi acara diari kampus untuk pemilihan MPP.”
Aktivis pelajar UM, Anis Syafiqah berkata, polisi universiti sudah tercemar dengan politik luar.
“Lihat pada pengumuman Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini bahawa sekiranya Penggerak menang, ia menunjukkan mereka memahami BN.
“Ini secara tidak langsung menjadi batu loncatan kepada mereka,” katanya.
Tambahnya, pembabitan badan hal ehwal pelajar dan kewujudan AUKU menyekat pertumbuhan demokrasi di UM.
“Kita perlu sedar bahawa politik UM tidak demokratik. Saya melihatnya sebagai autoritarian.
“Pada kertas, ia demokrasi namun hakikatnya tidak.”
Keadaan politik UM merupakan satu gambaran buruk politik negara. – 28 September, 2017.
Komen