Coca-Cola, Mengniu taja Sukan Olimpik 2021/2023


Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach (tengah) bersama Presiden dan CEO Coca-Cola James Quincey; serta Pengarah Eksekutif dan CEO Mengniu Dairy Jeffrey Minfang. – Gambar AFP, 24 Jun, 2019.

COCA-COLA dan syarikat tenusu China, Mengniu menandatangani perjanjian sebagai penaja bersama bagi Sukan Olimpik 2021 hingga 2032, kata Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach.

Bach berkata perjanjian tersebut merupakan usahasama pertama di bawah program Rakan Olimpik (TOP), penajaan tertinggi dalam sukan Olimpik.

“Dengan penyertaan rakan kami yang paling lama, Coca-Cola, jenama ikonik Amerika, dengan syarikat baharu China, Mengniu di bawah program penajaan Rakan Olimpik (TOP) adalah satu contoh hebat menyatukan semangat Olimpik,” katanya.

“Perkongsian ini akan memberi dimensi baharu ke arah mempromosi nilai-nilai Olimpik ke seluruh dunia.”

Perjanjian diumumkan di Lausanne menjelang pembukaan IOC pada Isnin di mana IOC akan memilih tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026. Milan/Cortina di Itali and Stockholm/Are di Sweden merupakan calon tuan rumah yang bertanding. – AFP, 24 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen