KIRA-KIRA 22 orang terbunuh, manakala beberapa lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas dan lori di Batie-Baham, wilayah barat Cameroon pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.
“Seramai 19 maut di tempat kejadian dan tiga lagi meninggal dunia di hospital,” kata gabenor wilayah itu, Augustine Awa Fonka kepada wartawan.
Polis berkata jumlah kematian dijangka meningkat kerana terdapat mangsa yang terperangkap di dalam bas malang itu.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas terbabit terbabas sebelum bertembung dengan lori. Nahas jalan raya sering berlaku di Cameroon disebabkan keadaan jalan raya tidak sempurna, kecuaian dan lebih muatan. – Bernama, 24 Jun, 2019.
Komen