Gempa 6.1 magnitud gegar Papua, Indonesia


Gempa melanda kira-kira 240km di barat bandar Abepura di Papua pada pukul 10.05 pagi waktu setempat, pada kedalaman 21km. – Gambar EPA, 24 Jun, 2019.

GEMPA 6.1 magnitud melanda Papua, di timur Indonesia, pada Isnin, kata ahli seismologi Amerika Syarikat (AS), namun tidak ada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa melanda kira-kira 240km di barat bandar Abepura di Papua pada pukul 10.05 pagi waktu setempat, pada kedalaman 21km, menurut Kajian Geologi AS.

Tiada laporan mengenai kematian selepas gempa bumi.

Gempa 6.3 magnitud melanda kawasan itu minggu lepas, tetapi tiada kerosakan besar.

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap disebabkan kedudukannya dalam “Lingkaran Api” di Pasifik dengan plat tektonik sering bergeseran.

Tahun lepas, gempa bumi 7.5 magnitud dan diikuti tsunami melanda Palu di pulau Sulawesi yang mengorbankan lebih 2,200 nyawa dan seribu lagi dilaporkan hilang.

Pada 26 Disember 2004, gempa 9.1 magnitud melanda wilayah Aceh, menyebabkan tsunami dan membunuh lebih 170,000 orang. – AFP, 24 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen