Protes 2013, kumpulan individu terkemuka Turki mula dibicarakan


Polis anti rusuhan bersiap sedia berdepan protes, susulan perbicaraan kes protes Gezi Park pada 2013 bermula minggu ini. – Gambar AFP, 24 Jun, 2019.

SEKUMPULAN individu terdiri daripada ahli perniagaan, ahli akademik dan artis Turki akan dibicarakan hari ini, selepas dituduh mahu menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika protes besar-besaran “Gezi Park” pada 2013.

Semua 16 individu itu berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan bersalah dalam kes yang dikatakan menyasarkan aktivis hak asasi manusia, yang mendakwa tiada bukti boleh mengaitkan mereka.

Kumpulan itu termasuk ahli perniagaan terkemuka dan dermawan Osman Kavala, yang ditahan sejak November 2017 menjadikan pengkritik menganggapnya sebagai simbol keganasan terhadap masyarakat sivil.

Kavala dituduh menjadi dalang dan membiayai protes itu, yang bermula susulan rancangan kerajaan untuk membina bangunan di Gezi Park, di mana itu antara sedikit kawasan hijau yang masih ada di Istanbul.

Protes semakin besar menjadi gerakan di seluruh negara, menjadi cabaran pertama yang serius terhadap kerajaan Erdogan. – AFP, 24 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen