Khidmat Internet dihentikan di Rakhine


Operator telefon bimbit diarahkan menggantung khidmat data telefon di seluruh Rakhine, bermula Jumaat lalu. – Gambar AFP, 24 Jun, 2019.

INI kali pertama data telefon bimbit ditutup di seluruh daerah Rakhine di Myanmar, masuk hari ketiga semalam, menyekat penduduk kampung daripada perkhidmatan Internet di kawasan di mana tentera didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pertarungan dengan pemberontak etnik.

Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Myanmar (MoTC) mengarahkan semua pengendali telefon bimbit menggantung data Internet di sembilan kawasan perumahan di seluruh Rakhine dan daerah Chin yang bersebelahan.

“Asas permohonan itu ialah gangguan keamanan dan perkhidmatan Internet mengkoordinasi aktiviti haram,” kata Telenor Myanmar dalam satu kenyataan.

Perintah itu dibuat di bawah Undang-undang Telekomunikasi, arahan berlangsung tanpa tempoh tertentu.

Tentera Myanmar berperang dengan pemberontak etnik Rakhine yang mahukan autonomi dari kerajaan pusat. – AFP, 24 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen