KETUA tentera Ethiophia ditembak mati oleh pengawal peribadinya sendiri beberapa jam selepas satu cuba melakukan rampasan kuasa berlaku di negeri Amhara.
Turut terbunuh presiden wilayah itu dan seorang lagi pegawai tertinggi kerajaan dalam satu kejadian lain, kata Billene Seyoum, jurucakap kepada perdana menteri Abiy Ahmed.
Seyoum berkata sepasukan skuad pembunuh diketuai oleh ketua keselamatan Amhara, Asaminew Tsige menyerbut masuk bilik mesyuarat dan menembak mati presiden wilayah Ambachew Mekonnen dan seorang lagi pegawai tertinggi.
Dua mangsa yang ditembak itu meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Beberapa jam kemudian, ketua turus tentera, Seare Mekonne dibunuh di rumahnya oleh pengawal keselamatannya sendiri.
Seyoum berkata, pengawal itu juga menembak mati seorang jeneral bersara yang melawat mangsa.
Pengawal itu sudah ditahan tetapi Asaminew masih lagi diburu.
Penganalisis berkata kejadian terbabit menunjukkan krisis politik yang kritikal di Ethiopia walaupun Abiy berusaha melonggarkan cengkaman kuku besi pemerintahannya kepada penggantinya. – AFP, 23 Jun, 2019.
Komen