Perubahan iklim ancam tapak warisan dunia


Pakar memberi amaran perubahan iklim akan menghancurkan tapak warisan dunia, menggesa tindakan segera diambil. – Gambar AFP, 23 Jun, 2019.

PERUBAHAN iklim boleh menyebabkan “kerosakan tidak dapat dipulijkan” kepada monumen dan tapak budaya berharga dunia, kata pakar semalam ketika mereka mendesak PBB bertindak melindungi tapak warisan dunia.

Ahli akademik dan penggubal undang-undang berhimpun di Athens untuk bermesyuarat mengenai ancaman kepada warisan dunia dan menggesa usaha meramal dan mengekang kesan perubahan iklim.

Mereka berkempen untuk memasukkan isu itu dalam agenda Sidang Kemuncak PBB untuk Perubahan Iklim di New York dijadualkan pada September depan.

Dimitrios Pandermalis, pengarah Muzium Acropolis berkata walaupun kerosakan alam sekitar dan hakisan memang menjadi masalah kepada warisan dunia, ancaman itu semakin meningkat mendadak.

“Skala perkara ini berbeza dan kehancuran tidak dapat dielakkan lagi,” katanya.

Panel Antara Kerajaan PBB untuk Perubahan Iklim (IPCC) memberi amaran pada Oktober lalu yang perubahan iklim sebanyak 3 atau 4 darjah akan menyebabkan kehancuran dunia dan usaha menghalangnya perlu dilaksana segera.

Mesyuarat di Athens menggesa peningkatan usaha untuk mengekang ancaman perubahan iklim dan risiko mitigasi.

Persidangan itu dianjur bersama kerajaan Greek, PBB dan Unesco. – AFP, 23 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen