Khalil dahului senarai AJK PAS Pusat


Mohd Farhan Darwis Sheridan Mahavera

Anak presiden PAS, Khalil Abdul Hadi dapat sokongan terbanyak, 956 undi mendahului 28 calon lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Jun, 2019.

ANAK presiden PAS Khalil Abdul Hadi muncul sebagai calon paling popular dalam penyertaan sulungnya untuk merebut jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Mohd Fuad Mohd Salleh mengumumkan Khalil menerima sokongan terbanyak, 956 undi mendahului 28 calon lain bagi jawatan itu.

Anak kepada bekas mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz juga berjaya mempertahankan jawatan dalam AJK tersebut pula mendapat 781 undi.

Dalam pemilihan kali ini, PAS menjalankan pengundian menggunakan sistem elektronik, dengan 1,230 perwakilan layak mengundi.

Berikut adalah senarai AJK PAS Pusat sesi 2019-2021:

Khalil Abdul Hadi
Azman Ibrahim
Halimah Ali
Mohamad Fadhli Hassan
Ridhuan Mohd Noor
Iskandar Samad
Mohd Nasuruddin Daud
Zuhdi Marzuki
Nik Abduh Nik Aziz
Khairuddin Aman Razali
Najihatussolehah Ahmad
Kamaruzzaman Mohamad
Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
Nasruddin Hassan
Siti Zailah Mohd Yusof
Mokhtar Senik
Misbahul Munir Masduki
Sallehen Mukhyi

Jawatan tertinggi daripada presiden sehingga naib presiden tidak melalui proses pertandingan bagi pemilihan sesi 2019-2021 ini. – 23 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen