11 terbunuh, pesawat ringan terhempas di Hawaii


Sebuah pesawat ringan terhempas di utara Hawaii, menyebabkan 11 maut, kata pihak berkuasa. – Gambar Facebook, 23 Jun, 2019.

SEBUAH pesawat ringan terhempas di utara Hawaii, menyebabkan 11 maut, kata pihak berkuasa.

Pesawat dua enjin King Air itu jatuh berhampiran kawasan lapang di pulau Oahu di persisiran pantai utara, menurut Jabatan Pengangkutan Hawaii (HDOT).

“Pihak berkuasa mengesahkan 11 orang berada dalam pesawat itu yang terhempas tidak lama selepas ia berlepas dari landasan Dillingham, dan semua maut,” kata jabatan itu menerusi Twitter.

HDOT menambah, penyiasat persekutuan sedang melakukan siasatan.

Ketua Jabatan Bomba Honolulu Manuel P. Neves berkata pesawat itu terhempas jam 6.30 petang ketika berlepas.

Rakaman televisyen menunjukkan api meletus daripada bangkai pesawat. – AFP, 23 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen