Kim Jong Un terima surat ‘hebat’ daripada Trump


Kim Jong Un baru-baru ini menjadi meraikan kedatangan Presiden China Xi Jinping, yang melakukan kunjungan penuh bersejarah di negara bersenjata nuklear itu pada Jumaat. – Gambar EPA, 23 Jun, 2019.

PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un menerima surat peribadi dengan “isi kandungan yang baik” daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menurut agensi berita negara itu hari ini.

Kim berkata isi kandungan surat itu sangat baik dan memuaskan hati, kata Korean Central News Agency (KCNA).

“Menghargai penilaian politik dan keberanian luar biasa Presiden Trump, kata Kim Jong Un yang menyatakan beliau akan merenung isi kandungan surat itu yang menarik,” kata KCNA.

Laporan KCNA bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci surat berkenaan.

Rundingan nuklear antara Washington dan Pyongyang menemui jalan buntu selepas sidang kemuncak kedua antara Kim dan Trump di Hanoi pada Februari dengan kedua-duanya gagal mencapai persetujuan berkenaan pelepasan sekatan dan apa yang Korea Utara akan lepaskan, sebagai balasan.

Sebelum musnahnya sidang kemuncak di Hanoi, Trump berkata beliau dan Kim mempunyai hubungan yang hebat, dan malah “jatuh cinta”.

Kim baru-baru ini menjadi tuan rumah meraikan kedatangan Presiden China Xi Jinping, yang melakukan kunjungan penuh bersejarah di negara bersenjata nuklear itu pada Jumaat.

Kim memberitahu presiden China bahawa kunjungan itu satu peluang untuk menunjukkan “kekuatan persahabatan Korea Utara-China kepada dunia”, kata KCNA. – AFP, 23 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen